Kategori Berita Utama

Banjir : Apa ahli Parlimen PKR Kuantan buat?

6 DIS: Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tindakan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh dan juga Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Datuk fauzi Abdul Rahman berhubung isu banjir yang disifatkan paling buruk melanda Pahang tahun ini.

Menurut beliau, tuduhan Fuziah yang mendakwa kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung bencana alam yang melanda negeri itu adalah satu pembohongan besar.

Shahrizat menegaskan kerajaan lebih efektif  bertindak berbanding pembangkang yang hanya membawa masalah di parlimen sedangkan mereka sepatutnya di sisi rakyat membantu mereka berdepan banjir.

“Kami (kerajaan) adalah orang yang pertama tiba di kawasan untuk membantu mangsa banjir, saya nak tanya kepada MP Kuantan dan juga Indera Mahkota, apa yang mereka buat untuk rakyat yang mengundi mereka.

kakjat“Kalau tidak kami Barisan Nasional yang turun memberikan bantuan, kalau tidak kerana Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli yang lain (memberikan) bantuan, sudah lama mangsa hanyut,” kata beliau meluahkan kekecewaan terhadap tuduhan pembangkang di Parlimen, Rabu lalu.

Beliau yang ditemui di Perhimpunan Agung UMNO hari ini turut mengecam kenyataan beberapa pemilik akaun laman media sosial yang mengkritik kepimpinan UMNO yang didakwa tidak prihatin dengan mangsa banjir di beberapa negeri, sebaliknya lebih fokus kepada perhimpunan itu

Shahrizat dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu berkata, kenyataan-kenyataan berkenaan adalah tidak berasas kerana Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin UMNO lain telah pun berada di beberapa negeri yang dilanda banjir.

“Kenyataan-kenyataan itu bangsat. Presiden kita semalam meninggalkan dewan untuk melawat mangsa banjir,” katanya.

Katanya, Skuad Sayang yang sudah lima tahun menjadi sukarelawan musim banjir di bawah kelolaan Wanita UMNO Malaysia sudah dikerahkan mambantu mangsa-mangsa banjir sama ada di rumah mahupun di pusat pemindahan.

“Kami ada satu skuad yang pakar sebab skuad ini ditubuhkan lima tahun lalu dan mereka adalah antara yang setiap tahun membantu mangsa banjir. Mana pembangkang dan apa yang mereka buat?,” soalnya.

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M0 yang dipimpin Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim juga semalam telah mengantar 20 tan bantuan yang meliputi makanan, perubatan, keperluan asas dan lain-lain lagi kepada mangsa banjir di Kuantan dan kawasan-kawasan lain. -bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2013 5:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: