Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

7 DIS: Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) sudah ditutup tengah hari ini.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan yang satu-satunya masih dibuka sehingga pagi tadi, ditutup jam 12 tengah hari.

Seramai 32 mangsa banjir membabitkan lapan keluarga itu dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing walaupun sebahagian besar kediaman penduduk dilanda banjir termenung.

Penutupan SK Bunohan itu menyaksikan banjir gelombang pertama di Kelantan yang mencatatkan sehingga hampir 15,000 mangsa kini selesai.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan yang berisiko banjir masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan gelombang kedua, selain ramalan hujan lebat mulai hari ini sehingga Ahad ini.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 2:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]