Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banjir di Melaka semakin pulih

27 JUN: Keadaan banjir di Melaka yang berlaku sejak semalam semakin pulih selepas hanya 126 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan setakat pukul 8 malam berbanding 154 orang daripada 31 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol Effendy Ali berkata kesemua mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di Balai Raya Bukit Balai dan Balai Raya Kampung Pulau di Alor Gajah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.

“Daerah Jasin mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 91 mangsa daripada 19 keluarga dan mereka ditempatkan di SK Tehel.

“Bagi Alor Gajah, 20 mangsa daripada tiga keluarga berada di Balai Raya Bukit Balai dan 15 mangsa daripada lima keluarga berada di Balai Raya Kampung Pulau,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, Selasa.

Menurut Effendy, kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak tengah malam Isnin sehingga menyebabkan air Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tehel melimpah sehingga membanjiri lima kawasan dalam tempoh tiga hingga tujuh jam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 10:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: