Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banjir di Pahang makin buruk

3 JAN: Situasi banjir di Pahang semakin buruk apabila  sehingga 8 pagi tadi, mangsa semakin meningkat kepada 1,884 orang daripada 543 keluarga, berbanding 1,331 orang daripada 375 keluarga, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata, Pekan merupakan daerah terbaru dilanda bencana itu dengan pusat pemindahan pertama dibuka 1 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya Nenasi, menempatkan 52 orang daripada 13 keluarga.

“Kuantan merupakan daerah paling teruk terjejas dan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 1,258 orang daripada 373 keluarga yang kini berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Di Rompin sehingga kini terdapat 574 orang mangsa daripada 157 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS,” lapor Bernama.

Jumlah mangsa paling ramai yang ditempatkan di Kuantan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad iaitu 267 orang daripada 65 keluarga diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (263 orang daripada 71 keluarga).

Dewan Orang Ramai di Kampung Seri Damai menempatkan 156 orang daripada 66 keluarga, SMK Paya Besar (121 orang, 28 keluarga), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (116 orang, 53 keluarga), SMK Pandan (98 orang 28 keluarga), Balai Raya Kampung Tiram (87 orang, 21 keluarga), SK Kampung Padang (63 orang, 20 keluarga).

Di Dewan Jabatan Pengairan dan Saliran menempatkan 34 orang daripada lapan keluarga, Balai Raya Kampung Pahang (25 orang, enam keluarga), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24 orang, lima  keluarga) dan SMK Sungai Lembing (empat orang, dua keluarga),” katanya.

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan dua batang sungai melepasi bacaan paras bahaya iaitu di Stesen Sungai Lepar @Jambatan Gelugor 30.34 meter dan Stesen Sungai Belat di Sri Damai 5.83m.

Empat lagi stesen menunjukkan bacaan paras amaran iaitu di Stesen Sungai Pahang @Paloh Hinai (9.78m), Sungai Tembeling di Kuala Tahan (67.73m), Sungai Pahang di Sungai Yap (51.95 m) dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi (7.84m).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 11:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: