Kategori Berita Antarabangsa

Banjir di Russia semakin buruk

16 APRIL: Banjir besar yang melanda tengah Rusia dan daerah Volga semakin buruk.

Banjir di Russia semakin buruk (foto fail)

Ketua Bomba dan Penyelamat di bahagian Kementerian Kecemasan Rusia, Sergei Levitsky berkata paras air terus meningkat dari yang dijangkakan, menurut laporan Agensi.

Katanya, antara faktor yang menyumbang adalah peningkatan suhu di waktu siang dan jumlah salji yang besar.

Lebih 1,500 anggota dikerahkan dengan bantuan 500 jentera bagi membantu menyelamatkan mangsa yang terbabit

Sebelum ini, 65 bandar di Rusia dan 356 kediaman dilaporkan terjejas.

Moscow akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 4:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: