Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banjir gelombang kedua di Pahang diramal 30 Disember

24 DIS: Gelombang kedua banjir di Pahang kemungkinan bermula 30 Disember ini, Jabatan Meteorologi Pahang memberi amaran Selasa.

Menurut Pengarahnya, Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Disember hingga 6 Januari tahun depan terutama di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sebuah lori turut membantu mengangkut mansa banjir di Kuantan, Pahang pada Ahad.

Sebuah lori turut membantu mengangkut mansa banjir di Kuantan, Pahang ketika banjir gelombang pertama baru-baru ini.

“Dalam tempoh yang sama juga air pasang (laut) turut akan berlaku, manakala kelajuan angin diramalkan 50 hingga 60 kilometer sejam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat persiapan banjir untuk gelombang kedua Kuantann, Ahad.

Turut hadir dalam sesi taklimat banjir itu ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Azemi berkata mengikut ramalan awal, taburan hujan lebat berlaku dalam empat peringkat iaitu pertama pada 2 hingga 6 Disember lalu, yang telah mengakibatkan banjir buruk di Pahang.

“Sesi kedua yang diramalkan berlaku pada 18 hingga 22 Disember lepas, bagaimanapun ia tidak berlaku.

“Jadi, peringkat kedua itu diramalkan berlaku pada 30 Disember hingga 6 Januari tahun depan, dan akan disusuli dengan dua lagi peringkat yang dijangka berlaku sebelum awal Mac,” katanya.

Banjir buruk di Pahang baru-baru ini membabitkan sembilan daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut, Temerloh, Raub, Bera, Lipis dan Maran serta mengakibatkan lebih 40,000 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Musibah itu juga dilapor lebih mengakibatkan kerugian harta benda bernilai lebih RM65 juta selain meragut tiga nyawa akibat lemas.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 December 2013 5:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: