7 DIS: Sebahagian pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menuju ke arah utara terperangkap dalam kesesakan hampir sejam susulan lori membawa muatan bijirin jagung terbalik dan terbakar.
Berikutan itu, kesemua empat lorong jalan raya menuju ke utara di Kilometer (KM) 454.4 dibanjiri bijiran berkenaan.
Kejadian pada jam 3.30 petang tadi yang berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh itu turut menyebabkan kesesakan sepanjang tiga kilometer.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mengambil masa kurang setengah jam untuk memadam kebakaran serta membersihkan laluan berkenaan.
“Pemandu lori itu hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.