Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banjir: Kelab Putera salur 20 tan makanan, ubatan

5 DIS: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menggerakkan jentera untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan pada Khamis dengan menghantar 11 kontena berisi pelbagai barangan keperluan asas, terutama makanan dan ubat-ubatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu bnbbc.my, bantuan berkenaan akan digunakan oleh mangsa banjir yang kini sudah mencecah lebih 30 ribu orang yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

“11 buah treler dengan muatan lebih daripada 20 tan telah kita gerakkan ke Kuantan hari ini untuk menolong mangsa banjir yang semakin kritikal.

PRIHATIN...Azeez cuba menyelami kesusahan yang menimpa seorang warga emas yang menjadi mangsa banjir ketika menyampaikan sumbangan bantuan daripada KP1M.

PRIHATIN…Azeez cuba menyelami kesusahan yang menimpa seorang warga emas yang menjadi mangsa banjir ketika menyampaikan sumbangan bantuan daripada KP1M.

“Memandangkan Kuantan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, kita hantar bantuan ke sana dahulu. Kemudian kita akan beralih ke negeri-negeri lain yang turut ditimpa bencana banjir ini,” kata ahli Parlimen Baling itu.

Pahang antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak awal minggu ini.

Sehingga semalam, banjir di negeri itu telah meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Manakala dua beranak, Jamali Jani, 45, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya Megat Mohd Nazli Jamli, 17, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap di sini kira-kira 7.30 malam tadi.

Azeez menambah, KP1M akan turut bekerjasama dengan pasukan keselamatan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), RELA dan lain-lain bagi memudahkan pengagihan bantuan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan keadaan mangsa banjir turut bergegas meninggalkan Perhimpunan Agong UMNO 2013 untuk ke Kuantan bagi meninjau keadaan bencana yang dilaporkkan bertambah buruk.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keadaan banjir di empat buah negeri – Pahang, Terengganu, Johor dan terbaru di Kelantan telah menarik perhatian Perdana Menteri.

“Keadaan bertambah teruk sedikit, Perdana Menteri membuat keputusan untuk meninjau sendiri keadaan di Kuantan, Pahang selepas memberi ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO ini.

“Persidangan ini tidak boleh ditangguhkan dan saya akan hadir di perhimpunan ini dan bergilir dengan Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO. -bnbbc.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bergegas meninjau mangsa sebaik selesai merasmikan Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bergegas meninjau mangsa sebaik selesai merasmikan Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2013 8:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: