Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banjir kilat: Lembah Klang sesak

30 OKT: Keadaan trafik di jalan utama di Lembah Klang mengalami kesesakan apabila beberapa jalan utama dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Menerusi laman sosial media, pengguna jalan raya berkongsi situasi yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Lebuh Raya Kerinchi Link dan Pantai Dalam menuju ke Shah Alam, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang.

Orang ramai yang menggunakan jalan raya berkenaan mula menularkan kejadian tersebut seawal jam 4.15 petang di Facebook dan Twitter.

Banjir dilaporkan sudah surut di beberapa laluan utama, namun kesesakan masih berterusan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2017 7:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: