Kategori Berita Antarabangsa

Banjir lumpuhkan Jeddah

22 NOV: Hujan lebat selama dua jam yang melanda Jeddah pada Selasa melumpuhkan bandar itu sehingga memaksa banyak sekolah ditutup dan diramal berterusan sehingga hari ini.

Pihak berkuasa negara itu terpaksa bergelut dengan pelbagai kes kecemasan membabitkan litar pintas dan kecederaan akibat kejutan elektrik.

Memetik laporan Saudi Gazette, lebih 11,000 panggilan diterima daripada penduduk di Mekah melalui talian kecemasan 911 oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Bencana itu ternyata berbeza daripada apa yang diramal oleh pihak berkuasa Meteorologi Arab Saudi.

Rekod oleh pusat kaji cuaca di Universiti King Abdulaziz menunjukkan 56.9 milimeter hujan dicatatkan sepanjang dua jam iaitu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding ramalan agensi kaji cuaca.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 9:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: