Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banjir P.Pinang semakin reda

9 NOV: Banjir di Pulau Pinang beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan di negeri itu menurun kepada 2,740 orang daripada 701 keluarga.

Sehingga jam 8 pagi tadi,  Seberang Perai Utara (SPU) mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 2,076 orang daripada 492 keluarga yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan.

Di Seberang Perai Tengah, seramai 664 mangsa daripada 209 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 364 orang membabitkan 90 keluarga.

“Sementara itu, semua jalan yang ditutup kerana dinaiki air sebelum ini sudah dibuka untuk semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Namun, kebanyakan mangsa banjir mula pulang ke kediaman masing-masing sejak petang semalam untuk membersihkan rumah selepas kebanyakan kawasan terjejas beransur surut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2017 11:17 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: