Kategori Berita Antarabangsa

Banjir, tanah runtuh Sri Lanka korbankan 91 orang

27 MEI: Sekurang-kurangnya 91 orang maut manakala 110 lagi cedera ekoran banjir dan tanah runtuh melanda negara itu susulan hujan lebat berterusan.

Para pegawai tempatan berkata, anggota tentera sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu operasi menyelamat.

“Terdapat lima laporan tanah runtuh di beberapa tempat di Kalutara,” kata jurucakap polis, Priyantha Jayakody.

Pusat pengurusan bencana tempatan memaklumkan 38 mangsa maut di Kalutara manakala 46 lagi di daerah Ratnapura.

Sementara itu, para pegawai Meteorologi tempatan berkata, hujan yang berlaku semalam adalah paling terburuk sejak 2003. – REUTERS

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 May 2017 9:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: