Kategori Ekonomi

Bank Negara tangani gelembung hartanah

17 JAN: Malaysia tidak akan mengalami gelembung hartanah pada tahun ini, berikutan langkah pencegahan yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini, berjaya menstabilkan pasaran hartanah tempatan.

Pengarah Urusan CBRE|WTW, Foo Gee Jen berkata ia berikutan langkah yang diambil BNM seperti memansuhkan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) serta mengetatkan syarat kelayakan pembiayaan.

“Mungkin ada sesetengah subkawasan seperti di Cyberjaya, banyak hartanah tidak terjual ketika ini, namun pasaran secara keseluruhannya masih baik.

“Jika anda pergi ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau bandar kecil seperti di Teluk Intan, Perak dan Kuantan, Pahang, tiada penjualan panik berlaku di situ.

“Manakala keadaan pasaran hartanah di Johor Bahru yang mengalami penurunan permintaan pada 2015 sehingga tahun lalu juga kini sudah mula berkurangan,” katanya selepas taklimat Unjuran Pasaran Hartanah Asia Pasifik 2018: Malaysia di ibu kota hari ini.

Pada masa sama, beliau berpendapat, pasaran hartanah tahun ini diunjurkan tidak banyak berubah berbanding tahun lalu.

“Namun, terdapat sesetengah sektor terutama rumah bertanah akan masih mendapat permintaan menggalakkan,” kata Gee Jen.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 January 2018 4:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: