Kategori Berita Utama

Bantahan Kristian guna Kalimah Allah tukar ke perkarangan Stadium Sultan Sulaiman

5 JAN: Sekumpulan umat Islam yang menggelarkan diri mereka Persatuan Solidariti Muslim Klang berhimpun di padang perkarangan Stadium Sultan Sulaiman, Klang bagi membantah penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian serta menyokong serbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama ISlam Selangor (JAIS) di pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim.

Bantahan dijangka dibuat di gereja pada Ahad tetapi dipindahkan ke padang perkarangan Stadium Sultan Sulaiman dan dihadiri kira-kira 100 orang.

UMNO Selangor semalam memutuskan bantahan tidak akan dibuat di gereja kerana yang dibantah bukannya penganut atau agama Kristian sebaliknya pengarang majalah mingguan Katolik The Herald, Lawrence Andrew yang berkata gereja di Selangor akan terus menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang berbahasa Malaysia.

Ustaz Mohd Kamal Husin, pengerusi bersama Persatuan Solidariti Muslim Klang menegaskan Allah adalah nama khas untuk Allah, Tuhan yang disembah masyarakat Muslim dan bukan terjemahan God dalam Kristian, lapor portal berita The Malaysian Insider.

“Kami terkejut dengan kamu kerana kenyataan bahawa Kristian akan terus menggunakan nama Allah dalam sembayang berbahasa Melayunya (dan itu) satu tindakan yang menghasut.

“Ia akan menimbulkan suasan yang tidak harmoni antara Muslim dan Kristian,” katanya semasa sidang media selepas bantahan itu dibuat.

Beliau bertanya, apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka.

Selain Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang, NGO lain yang terbabit dalam perhimpunan aman itu adalah Ikatan Muslimin Malaysia, Peribumi Perkasa Negara (PERKASA) Klang, Belia 4B Bahagian Meru, Gabungan Warga Prihatin Bahagian Klang, Persatuan Anak-Anak Polis Cawangan Klang dan UMNO Bahagian Kapar.

Ia dibuat selepas tempoh permohonan maaf dan menarik balik kenyataan itu yang diberikan kepada Andrew tamat pada pukul 8 pagi tadi.-bnbbc.my

PROTESTATKLANG_050114_TMIAFIF_003_400_266_100

PINDAH TEMPAT…kumpulan Persatuan Solidariti Muslim Klang berhimpun di padang perkarangan Stadium Sultan Sulaiman daripada cadangan asal untuk berhimpun di hadapan sebuah gereja di Klang.-Foto The Malaysian Insider.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 January 2014 1:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: