Kategori Berita Utama

Bantu bumiputera yang benar-benar memerlukan – Chua Soi Lek

21 DIS: Usaha kerajaan untuk membantu memperkasakan kedudukan ekonomi Bumiputera harus disasarkan kepada etnik dan kumpulan yang benar-benar memerlukannya.

“Ini satu hujah wajar dan meyakinkan bahawa perlu adanya kajian semula tentang langkah-langkah afirmatif ini.

“Di manakah ia telah mencapai keberhasilan dan di manakah ia telah gagal dan mengapakah ia masih gagal meningkatkan status sosial ekonomi masyarakat Bumiputera,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung MCA ke-60 di ibu negara Sabtu.

AMANAT TERAKHIR...Chua berharap kajian dilakukan dalam dasar afirmatif kerajaan supaya jurang kaya-miskin tidak terus melebar.

AMANAT TERAKHIR…Chua berharap kajian dilakukan dalam dasar afirmatif kerajaan supaya jurang kaya-miskin tidak terus melebar.

Beliau menjelaskan memberikan faedah kepada yang kaya akan mewujudkan rasa marah dan tidak senang kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras tidak akan merungut jika kerajaan ingin membantu mana-mana kumpulan masyarakat yang tidak bernasib baik atau masih jauh ketinggalan dalam serba serbi.

“Begitu juga masyarakat Cina yang berjaya misalnya, mereka tidak harus teragak-agak menghulurkan tangan membantu dan membimbing masyarakat Bumiputera dalam sektor swasta,” katanya.

Dalam perkara ini, tegas Cua, MCA juga percaya bahawa pemberian ganjaran yang berterusan tidak akan menyelesaikan masalah.

“Terdapat juga keperluan untuk mengiktiraf bahawa kita tidak harus melayan masyarakat Bumiputera sebagai kunpulan etnik homogenous atau serba sama.

“Ini kerana terdapat juga jurang ketidaksamarataan di antara orang Melayu atau Bumiputera yang berpelajaran dan kaya dengan miskin termasuklah Bumiputera di Sabah dan Sarawak iaitu untuk membantu mereka yang benar-benar ketinggalan dari segi sosial dan ekonomi,” katanya.

Oleh itu, dalam ucapan terakhir beliau selaku Presiden MCA hari ini, Chua berkata kerajaan perlu mengkaji semula formula langkah-langkah afirmatif supaya langkah ini tidak dilihat golongan Bumiputera sebagai satu tindakan untuk meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas 40 tahun ia berakhir.

Ini kerana, kata beliau lagi, sebarang tindakan afirmatif untuk membantu golongan Bumiputera akan tetap dilihat bukan Bumiputera sebagai memberi manfaat yang lebih berbanding bukan Bumiputera.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2013 2:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: