Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bantuan BR1M 3.0 dilancarkan 22 Feb

8 FEB : Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan 22 Feb ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Feb.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

Menurut Perdana Menteri, jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

brim“Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu,” katanya.

PS pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib Oktober lalu, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Berucap di  majlis pecah tanah Wisma UMNO Bukit Gantang, di Taiping, Sabtu, Najib berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M,kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang.

“Sekarang ini harga barang telah stabil. Ini merupakan asam garam ekonomi tetapi pokoknya kita mesti terus bersandarkan kepada rakyat mesti didahulukan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2014 10:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: