Kategori Berita Utama

Bantuan RM500 kepada mangsa banjir, bank diminta tangguh bayaran balik

7 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak bank mempertimbangkan menangguh pembayaran balik bulanan bagi mereka yang terjejas banjir.

Selaku Menteri Kewangan katanya, beliau bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mencadangkan perkara bagi merengankan beban mangsa-mangsa banjir.

Malah Presiden UMNO turut mengumumkan kerajaan akan memberi bantuan RM500 kepada setiap keluarga yang terjejas bencana itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal pula dalam ucapan penggulungan beliau selepas cadangan Khairy memberi respons segera bersetuju agensi dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah menangguhkan pembayaran balik pinjaman.

Ianya membabitkan semua agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).

Menurut beliau,  penangguhan itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jan hingga Jun tahun depan.

pmumno1Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan dalam ucapan penggulungannya berkata, jika cadangan beliau dipersetujui, ianya mampu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa banjir dan lebihan kewangan tersebut mampu digunakan untuk membaiki kerosakkan harta mereka.

“Pemuda UMNO menyarankan kepada semua agensi kerajaan menanguhkan pembayaran seketika termasuk pinjaman cukai dan sebagainya kepada mangsa-mangsa banjir kerana kita tahu bahawa penderitaan mereka bukan sahaja setakat hari ini tetapi apabila air banjir surut, mereka terpaksa berdepan dengan kerosakkan harta benda dan sebagainya,” kata.

Mangsa banjir yang ditempatkan di Pahang masih melebihi 38,000 orang dan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi dikhuatiri menyebabkan banjir semakin buruk di Pahang.

Sehingga jam 1.30 tengah hari ini, 38,235 mangsa banjir masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan di lapan daerah di negeri ini.

Beberapa negeri lain turut terjejas termasuk Terengganu, Johor dan Melaka.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 December 2013 7:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: