Kategori Berita Antarabangsa

Banyak gempa bumi kuat tahun depan

21 NOV: Jumlah gempa bumi kuat mungkin meningkat mendadak pada 2018 susulan putaran bumi yang semakin perlahan.

Memetik laporan jurnal akademik Amerika Syarikat, Geophysical Research Letters, perubahan dalam kelajuan putaran bumi mungkin mencetuskan aktiviti seismik yang kuat terutama di rantau tropika yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

Selain itu bumi turut mengalami putaran yang semakin perlahan secara berkala serta mampu mengubah panjang masa sehari dengan satu milisaat dan tempoh itu biasanya berlangsung selama lima tahun.

Ketika menganalisis rekod seismik bumi bagi tempoh 100 tahun lalu, penyelidik dari Universiti Colorado dan Universiti Montana mendapati tempoh yang menyaksikan putaran bumi perlahan sering diikuti oleh peningkatan insiden gempa bumi.

“Sepanjang tempoh ini, terdapat antara 25 hingga 30 gempa bumi kuat setahun.

“Selebihnya angka purata ialah kira-kira 15 gempa bumi kuat setahun,” Lapor agensi berita Xinhua.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2017 6:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: