Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banyak pusat tahfiz enggan tubuh skuad bomba

13 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kecewa dengan sikap kebanyakan pengurusan pusat tahfiz di negeri ini yang dilaporkan enggan menubuhkan skuad bomba.

Pengarahnya, Azmi Othman berkata berdasarkan rekod jabatannya, daripada 285 pusat tahfiz yang diperiksa dan diberi penerangan, hanya 45 pusat tahfiz sudah berbuat demikian.

“Seperti contoh, di Shah Alam ada 43 pusat tahfiz dan hanya sebuah pusat tahfiz mempunyai skuad bomba tahfiz.

“Manakala, di Hulu Selangor ada 51 pusat tahfiz tetapi sebuah sahaja yang tubuhkan skuad ini, manakala di selatan Selangor ada 36 pusat tahfiz tetapi tiada satu menubuhkannya.

“Penubuhan skuad bomba tahfiz ini tidak memerlukan sebarang perbelanjaan, pihak kami akan ke sana dan melatih pelajar pusat tahfiz ini bagaimana menggunakan alat pemadam api dan langkah keselamatan yang lain,” katanya hari ini di Shah Alam.

Penubuhan Skuad Bomba Tahfiz digalakkan susulan kejadian kebakaran membabitkan beberapa sekolah agama persendirian dan maahad tahfiz di seluruh negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 7:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: