Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bapa bawa anak meniti jambatan gantung minta maaf

2 JAN:  Abdul Jalil Sulaiman hari ini tampil memohon maaf susulan tular video beliau membawa anaknya meniti jambatan gantung bertujuan menarik perhatian pihak berkenaan agar jambatan yang roboh setahun lalu diganti baharu.

Susulan itu, Abdul Jalil 41, tampil memohon maaf kerana menularkan video yang memaparkan dirinya membawa anak, Lutfil Hadi, 5, meniti di atas sebuah jambatan gantung yang rosak di Kampung Pamah Aur, Bukit Bentong, Lipis hari ini.

“Saya minta maaf sebab menularkan tentang jambatan gantung itu, hajat kami cuma ingin jambatan baharu bagi menggantikannya, tak sangka pula ramai yang salah faham,” katanya.

Menurutnya dia ketika itu mahu membawa anaknya mengikuti hari pertama sesi persekolahan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Bukit Bentong dan video dirakam oleh isterinya Siti Zaharah Othman, 33.

Empat klip video tersebut dimuat naik oleh Siti Zaharah menerusi Facebook berserta kapsyen “Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah” tetapi kena harungi jambatan yang canggih ini.

Dah setahun, tak ada perubahan langsung “Jambatan Gantung Pamah Aur Bukit Betong, Kuala Lipis,” ditonton oleh lebih 1.2 juta orang dengan lebih 33,000 perkongsian selain menerima 12,000 komen.

Permohonan maaf itu juga selepas penjelasan Adun Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa peruntukan sejumlah RM462,414.40 telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih jambatan itu akan bermula pada 8 Jan dan berakhir 18 Mac 2018.

Malah, beliau yang juga anggota EXCO menegaskan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 January 2018 7:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: