Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Barangan keperluan asas sifar GST

26 NOV: Perdana Menteri mengingatkan masyarakat negara ini bahawa barangan keperluan asas  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Datuk Seri Najib Razak berkata antara barang terpilih itu adalah minyak masak, gula, garam, beras, tepung dan roti.

“Tahun ini #Bajet2018, saya umum semua jenis bahan bacaan GST sifar.

“Barangan yang dikenakan GST, hasilnya pula kerajaan pulangkan semua kepada rakyat,” tegas perdana menteri dalam Twitternya, Sabtu.

Pada masa sama, beliau turut memuat naik videoklip pendek berdurasi 1.05 minit yang memaparkan barangan yang dikecualikan GST.

Berdasarkan kepada kandungan dalam video itu, antara perkara lain yang diberi pelepasan GST pada pembentangan Bajet 2018 adalah perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta majalah dan komik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2017 2:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: