Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bas ekspres terbalik di Semporna 5 cedera

28 DIS: Lima penumpang cedera selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu hilang kawalan dan terbabas di Jalan Beluran – Telupid, awal pagi tadi.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Telupid untuk diberikan rawatan.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1 pagi itu, bas ekspres berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah van di laluan bertentangan sebelum terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Difahamkan, bas berkenaan membawa 21 penumpang, namun 16 penumpang lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 1.12 pagi tadi sebelum mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan untuk bertindak.

Beliau berkata, empat anggota dari balai terbabit dan lapan anggota dari Balai Bomba Beluran yang kebetulan melakukan operasi memadam kebakaran di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi.

Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans, manakala anggota bomba melakukan pemeriksaan bagi memastikan situasi di lokasi kejadian selamat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 December 2017 9:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: