Kategori Berita Antarabangsa

Bas jatuh gaung, 17 pelajar maut

9 APRIL: Sekurang-kurangnya 17 pelajar maut apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terjunam ke dalam jurang di negeri Himachal Pradesh hari ini, kata polis.

Pegawai kanan polis di negeri itu, Santosh Patial, berkata mereka menemui 17 mayat dan angka kematian dijangka bertambah.

Bas berkenaan yang membawa lebih 30 pelajar itu terbabas dan jatuh ke dalam jurang.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan operasi segera dijalankan.

Ia membawa pelajar sebuah sekolah persendirian di bandar Nurpur, 300 kilometer dari Shimla, ibu negeri wilayah itu.

India mempunyai jalan raya paling bahaya di dunia, dengan hampir 150,000 maut dalam kemalangan pada 2015, menurut data terkini. – Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 April 2018 11:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: