Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bas langgar kereta, 16 warga China cedera

7 APRIL: Dua puluh tiga penumpang termasuk 16 pelancong warga China cedera selepas bas persiaran yang dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 17.1 Jalan Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata kemalangan pada jam 7.24 malam itu berlaku ketika kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan turun dari pusat peranginan terbabit.

“Brek bas berkenaan dipercayai bermasalah dan melanggar kereta yang berada di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Bagaimanapun punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan,” katanya dipetik.

Kesemua mangsa berusia 30 hingga 50-an termasuk termasuk lima penumpang kereta jenis Honda dihantar ke hospital Selayang dengan lapan ambulans milik bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2018 11:58 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: