Kategori Berita Utama

Bawa SPRM isu Azmin: Khalid guna satu batu bunuh dua burung?

21 JAN: Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja Norita Mohd Sidek jadi ‘kambing hitam’ dalam isu pengguguran Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah PKNS, namun tindakannya mengheret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti sudah jelas motifnya

Dalam erti kata lain, Khalid dilihat menggunakan seketul batu untuk membunuh dua ekor burung.

Khalid ketawa happySebelum ini ada yang melihat Khalid sudah berjaya membodohkan pemimpin-pemimpin PKR, anggota pentadbiran kerajaan negeri serta rakyat Selangor dalam isu penguguran Azmin dengan keputusan mengekalkan penguguran Azmin serta menukar Othman dan Norita ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Bagaimanapun, kenyataan terbaru Khalid pada Selasa bahawa SPRM dan Transparency International (TI) akan menjalankan siasatan terhadap isu berkenaan nampak seperti Menteri Besar Selangor itu sudah hampir ‘checkmate’.

Menurut Khalid kedua-dua agensi anti-rasuah berkenaan merupakan badan yang mempunyai integriti dan paling sesuai untuk melakukan siasatan kes berkenaan.

Apatah lagi, Othman dan Norita yang sedang disiasat isu surat penguguran Azmin, tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan.

Daripada hanya isu surat dan penguguran Azmin yang lebih kepada soal prosedur, Khalid seolah-olah mahu menggambarkan ada salahlaku lebih besar apabila membabitkan SPRM dalam kontroversi itu.

Persoalannya, batu lastik itu terkena siapa dahulu- Azmin atau Othman?

Mereka berdua dikatakan memang rapat walaupun Khalid yang menawarkan jawatan itu kepada Othman sebelum ini.

Khalid juga pada Selasa menolak dakwaan bahawa beliau menjadikan Othman dan Norita sebagai ‘kambing hitam’ bagi meredakan konflik politik dalaman PKR yang timbul akibat kekusutan isu berkenaan.

“Kita biarkan dahulu dua badan tersebut menjalankan siasatan dan melengkapkan tugas mereka. Bila ianya selesai, mereka akan mengeluarkan kenyataan berhubung keseluruhan isu ini. Sebelum itu, lebih baik jangan menimbulkan sebarang spekulasi,” kata beliau.

Melihat pada situasi ini, jika SPRM benar-benar membuat siasatan, Khalid bukan lagi menyediakan ‘kambing hitam’ tetapi tidak mustahil ada yang akan jadi korban.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2014 5:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: