Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bayaran padi seragam masih bergantung mutu

17 JAN:  Walaupunpun  harga padi di Semenanjung Malaysia diseragamkan pada RM1,200 setan metrik, bayaran sebenar bergantung kepada mutu atau kualiti padi yang dihasilkan.

Menurut Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Naimah Ramli, keputusan ini selaras dengan pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri di Kelantan, kelmarin.

Naimah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat memberitahu, ini bagi menjelaskan beberapa persoalan dan kekeliruan berhubung isu ini yang dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu mengenai harga yang akan mula diselaraskan mulai musim tuaian akan datang.

padi“Kita menjelaskan perkara ini kerana timbul persoalan mengapa Menteri perlu menetapkan harga belian pada harga RM1,200 per tan metrik.

“Menteri dan Kementerian memahami isu dan masalah yang membebani pesawah selama ini, kerana itu kita membuat keputusan supaya harga diseragamkan di seluruh Semenanjung berbanding sebelum ini di mana

harga padi berbeza di antara satu negeri berbanding satu negeri yang lain,” katanya.

Naimah menarik perhatian, langkah ini juga dilihat dapat mengekang aktiviti pemindahan padi tanpa kebenaran yang dilakukan oleh pihak tertentu dari negeri yang harga belian padi murah ke negeri yang menawarkan harga  lebih tinggi.

“Bagaimanapun, harga bersih bayaran padi kepada pesawah bergantung  epada mutu padi. Semakin tinggi kandungan padi muda, batang padi, jerami, hampa, batu dan lain-lain akan mengurangkan lagi bayaran bersih padi tersebut,’’ jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 January 2014 7:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: