Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bayaran pampasan pengendali EDL belum dimuktamad

21 NOV: Bayaran pampasan kepada pihak konsesi Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) belum dimuktamadkan.

Menteri Kerjaya Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihak kerajaan perlu mengambil kira kriteria tertentu sebelum memuktamadkan kaedah pembayaran, termasuk memastikan situasi menang-menang kepada semua pihak.

“Selesai berunding, kita akan umumkan kepada pihak terlibat termasuk kepada Dewan yang mulia ini.

”Pemansuhan EDL lebih kepada proses penstrukturan semula untuk mengambil alih EDL itu, sebab ada pendekatan baharu, termasuk daripada Kementerian Pengangkutan yang mengenakan caj baharu kepada kenderaan yang masuk dan keluar dari Singapura,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018, peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Fadillah, yang juga Ahli Parlimen Petrajaya berkata turut diambil kira dalam proses rundingan ialah penemuan daripada kajian impak sosial kepada proses pengambilalihan lebuh raya itu serta maklum balas pengguna.

Pada 27 Okt lepas sewaktu membentangkan Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan beberapa tol bermula tahun hadapan iaitu di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah serta EDL.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2017 10:05 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: