Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bayi 3 bulan maut tercampak keluar dari kereta

29 MEI: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaiki bersama keluarganya dalam kemalangan di Kilometer 433.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang Ahad itu, mangsa, Aril Rizqin Redza Shahril maut selepas tiba di Hospital Sungai Buloh kira-kira akibat kecederaan parah manakala ahli keluarganya yang lain cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dinaiki seorang wanita berusia 27 tahun dari Jalan Pahlawan Bandar Mahkota, Cheras bertukar lorong selepas terasa kenderaannya dihimpit dari arah kiri.

“Pada masa kejadian, wanita terbabit memandu di lorong tengah dan bertukar ke lorong kanan sebelum berpusing ke arah bertentangan dan melanggar penghadang tengah lebuh raya akibat panik dihimpit.

“Sementara itu, bapa mangsa, Shahril Salleh, 32, yang memandu kereta Perodua Axia mengatakan telah dihimpit oleh kenderaan lain dari lorong kanan menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang dan menyebabkan isteri serta anak bongsunya tercampak keluar ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Supramaniam, ekoran kemalangan itu, isteri mangsa, Rafnah Mongudancgal, 35, dan dua lagi anaknya yang berusia 11 dan 4 tahun mengalami cedera ringan manakala mangsa tidak cedera.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 May 2017 5:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: