Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bayi berbungkus batik dijumpai di Serdang

8 NOV: Seorang bayi lelaki ditemui di sebuah surau di stesen minyak Taman Equine, Seri Kembangan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata bayi itu kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

“Ia ditemui orang awam dalam keadaan berbungkus kain batik dan diletakkan dalam beg kertas di surau perempuan stesen minyak itu.

“Pihak kami memohon individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi IPD Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2017 12:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: