Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bayi ditinggal dalam almari

4 DIS: Seorang bayi lelaki baharu lahir, ditinggalkan dalam  almari sebuah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Sibu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Martin Khoo berkata pengadu seorang wanita berusia 48 tahun mendakwa bayi itu disedari anaknya yang terdengar tangisannya pada jam 4.30 petang tadi.

Beliau berkata pengadu kemudiannya bergegas turun ke stor dan memeriksa almari sebelum menemui bayi lelaki yang dibalut dengan tuala.

“Pemeriksaan di dalam dan luar almari itu tidak menemui sebarang kesan darah, namun tali pusat ditemui berdekatan almari itu,” katanya.

Menurutnya, bayi malang itu sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan dia baru dilahirkan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sudah dimaklumkan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” kata Khoo.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 11:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: