Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas ADUN Tanjung Puteri meninggal dunia

7 FEB: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Mohamad Kasbi, 72, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Baru Nong Chik, Johor Baharu awal pagi tadi.

Abang ipar Allahyarham, Datuk Abd Rashid Kasman, memaklumkan Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

“Jenazah akan disemadikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sini,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Rohaidah Buntat, dua anak lelaki dan empat perempuan serta 12 cucu.

Allahyarham menjadi ADUN Tanjung Puteri selama tiga penggal mulai tahun 1990 hingga 2004.

Allahyarham memulakan karier politik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru pada tahun 1976 dan pernah dilantik Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Johor dari tahun 2014 hingga 2017.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2018 12:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: