Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas calon PKR sertai Blackout 505 didenda

13 DIS : Naib Ketua dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat masing-masing didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyertai satu perhimpunan Blackout 505 di tempat larangan, enam bulan lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas Mohd Nazree Mohd Yunus, 29 yang juga bekas calon PKR Parlimen Kuala Pilah dan Al Faizal Amjed, menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes mereka dibicarakan, Rabu lalu.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

nazreeyunuspkr

NAZREE…didenda kerana serta Blackout 505

Pada Ogos lalu, Mohd Nazree dan Al Faizal didakwa menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu rumah ibadat seperti dalam Jadual Pertama Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kesalahan didakwa berlaku di perkarangan Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya, antara jam 12 tengah hari hingga jam 1.15 petang, 22 Jun 2013.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2013 10:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: