Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas gitaris suspek bunuh warga emas

13 MAC: Suspek yang didakwa membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar, pada 25 Februari lalu adalah bekas pemain gitar sebuah kumpulan rock era 80-an.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 44 tahun itu bersama kumpulannya pernah menempa kejayaan dan populariti pada awal 90-an hingga 2004.

Pada 2010, suspek pernah ditahan polis selepas cuba memecah masuk sebuah unit pangsapuri di Damansara.

Lelaki kelahiran Johor itu dikatakan mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan pecah rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid dilaporkan berkata suspek direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah tahanan reman sehingga 19 Mac dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar Nor Azah Idris bagi membantu siasatan.

Lelaki itu sebelum ini membuat pengakuan membunuh Kau Fu Eng, 71, yang ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan selepas ditahan di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu berkaitan satu lagi kes pecah rumah di Alor Setar.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan mendapati motif pembunuhan lebih kepada pecah rumah apabila suspek bertindak ganas selepas menyedari mangsa berada dalam rumah ketika kejadian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 8:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: