Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas imam dituduh simpan dokumen, buku ajaran Syiah

7 JAN: Seorang bekas imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Muadzam Shah, Rompin pada Ahad atas dua pertuduhan menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.

Tertuduh Abdullah Isa, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus.

Bekas Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malek ketika mengadakan sidang akhbar berhubung tangkapan seorang imam yang dipercayai

Bekas Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malek ketika mengadakan sidang akhbar berhubung tangkapan seorang imam yang dipercayai menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) September lalu menahan seorang imam yang dipercayai mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun lalu di kuaters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur di Muadzam Shah, lapor portal Berita Harian Online.

Dalam operasi itu penguatkuasa JAIP turut merampas beberapa buah buku yang disyaki berkaitan ajaran Syiah, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu Karbala dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut Syiah.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2014 12:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: