Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas isteri tak balik, lelaki ugut bunuh anak

28 JUN: Hanya disebabkan kecewa dengan bekas isteri yang enggan pulang beraya, seorang bapa di Sabah mengugut mahu membunuh dua anak perempuan mereka menggunakan pedang samurai

Ketika kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah serta dipercayai mengalami kemurungan selepas ibu kepada anaknya yang berada di Johor tidak balik kampung.

Dalam kejadian 5 petang semalam di Kampung Suang Prai, Mengatal, suspek bertindak demikian selepas sepupunya meminta anaknya yang berusia empat dan lima tahun tidak dikurung dalam bilik di sebuah rumah di tingkat atas.

Suspek dikatakan naik berang lalu mengugut anak-anaknya dengan mengacukan pedang ke leher mereka selain membuat cubaanuntuk membakar bilik tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata ahli keluarga suspek kemudian menghubungi polis yang kemudiannya berjaya memujuk suspek menyerah diri dan kedua-dua anak suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek positiif dadah jenis syabu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 June 2017 8:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: