Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas jurutera TNB Pengerusi baru KTMB

25 FEB: Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang baharu menggantikan Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkuatkuasa Isnin, 24 Februari.

Ketika dihubungi bnbbc.my, Nawawi mengesahkan menerima pelantikan berkenaan sambil menyatakan beliau berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk memikul amanah berkenaan.

Nawawi meninjau bilik operasi KTMB di Stesen KL Sentral

Nawawi meninjau bilik operasi KTMB di Stesen KL Sentral

Malah beliau sudah memulakan tugas barunya itu hari ini, sehari selepas  berkuatkuasa pelantikan.

“Saya lapor diri sebagai pengerusi yang baru di KTMB, dan tadi juga turut ada taklimat serta lawatan di sekitar pusat operasi di sini. Saya juga sempat naik keretapi tadi,” seloroh beliau.

Aktiviti hari kedua beliau sebagai Pegerusi KTMB mengadakan tinjauan perkhidmatan KTMB pada Selasa turut dimuat naik ke laman Twitter dan Instagram miliknya.

Beliau turut membayangkan akan memperkenalkan banyak inisiatif baru bagi menambah baik mutu perkhidmatan rel khususnya KTMB.

Nawawi memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah berkhidmat bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 20 tahun di Bahagian Pengagihan.

Kemasukan beliau selaku pengerusi di KTMB boleh dilihat untuk melaksanakan transformasi KTMB yang kini bergantung kepada bahan api fosil serta arang batu sebagai penggerak utama kepada penggunaan elektrik serta tenaga boleh diperbaharui yang lebih menjimatkan serta mesra alam.-bnbbc.my

Nawawi MP KTM lak

Nawawi sempat bertanya pendapat orang ramai di KL Sentral berhubung khidmat KTMB

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2014 6:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: