Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas MP Padang Serai masuk MIC

8 MEI: Selepas 18 tahun, bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan diterima kembali ke pangkuan MIC.

Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya menyambut baik hasrat bekas Setiausaha Pemuda MIC untuk bersama-sama membantu komuniti India di negara ini.

“Gobalakrishnan mengemukakan borang permohonan keahliannya secara peribadi kepadasaya pada minggu lalu dan hari ini, saya gembira untuk mengumumkan bahawa MIC menerimanya semula.

“Kita juga terbuka untuk menerima lebih ramai pemimpin atau bekas ahli untuk menyertai MIC semula demi memajukan masyarakat India,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Keladi, Kedah, Isnin.

Gobalakrishnan meninggalkan MIC kira-kira 18 tahun lalu untuk menyertai PKR.

Beliau keluar dari PKR pada 2011 selepas dipercayai bertelagah dengan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2017 3:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: