Kategori Berita Utama

Bekas pegawai polis dan pendakwaraya Anwar terus berperang

30 DIS: Selepas kantoi apabila dikesan menipu dalam akuan bersumpah (SD), Datuk Mat Zain Ibrahim masih berusaha untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyingkirkan pendakwa raya Tan Sri Shafee Abdullah bagi kes liwat Ketua Pembangkang itu. 

Mat Zain bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pada Isnin membuat satu laporan polis terhadap Shafee kononnya pendakwaraya itu melakukan kesalahan memberikan bukti palsu yang bertentangan dengan Seksyen 195 Kanun Keseksaan. 

Bagaimanapun, dalam kenyataan beliau yang diedarkan bersama salinan laporan polis, Mat Zain tidak menyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan Shafee. 

shafeeanwarBeliau juga cuba menimbulkan perkara lain termasuk meminta pihak polis ataupun Peguam Negara membuka semula kes berkenaan insiden ‘mata lebam Anwar’  yang berlaku pada 29 eptember 2008 yang lalu. 

Desakan itu bertujuan membabitkan Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr Abdul Rahman Yusof dan dirinya sendiri untuk disiasat semula. 

“Laporan polis ini berkait dengan afidavit Shafee pada 18 Disember, yang mana beliau didakwa memberikan bukti palsu dengan niat untuk menjatuhkan kesalahan dengan penjara seperti ditakrifkan dalam Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

“Saya juga ingin pihak Peguam Negara atau polis membuka semula siasatan kes Anwar yang mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr Abdul Rahman Yusof dan diri saya sendiri Mat Zain Ibrahim telah menipu bukti ketika siasatan insiden mata hitam Anwar pada 2008,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tindakan Mat Zain ini dipercayai usaha terdesak bagi membantu Anwar menyingkirkan Shafee apabila cubaan ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengenepikan Shafee dalam kes liwat beliau ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember 

Hakim tiga panel yang diketuai Datuk Aziah Ali dalam penghakimannya di Putrajaya memutuskan permohonan kedua menggunakan SD Mat Zain tidak berasas. 

Anwar pada 6 Disember memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Shafee daripada pasukan pendakwa menggunakan maklumat yang terkandung di dalam SD bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu sebagai asas.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak permohonan pertama beliau pada 17 September tahun ini termasuk rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.

Dalam penghakimannya, Aziah berkata, SD Mat Zain yang digunakan Anwar sebagai asas penghujahannya tidak boleh dijadikan bukti.

“Kami berpendapat afidavit Shafee ada asasnya bahawa kandungan SD adalah sekadar bukti khabar angin dan Mat Zain tidak dipanggil ke mahkamah,” katanya.

Mahkamah turut bersetuju dengan hujah Shafee bahawa SD Mat Zain tidak lengkap kerana maklumat peribadi beliau dalam SD berkenaan mengandungi kesilapan.

“Kad pengenalan dan alamat di dalam SD dihitamkan. Tidak pasti mengapa Mat Zain enggan mendedahkan maklumat itu jika beliau percaya dengan dakwaan berkenaan,” katanya.

“Kami sebulat suara berpendapat SD itu tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Shafee adalah berdasarkan kesahan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana Shafee dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2013 3:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: