Kategori Berita Utama

Bekas pemimpin PAS dakwa Tahaluf Siayasi dengan sekutu haram

29 NOV: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad berpendapat tahaluf siayasi atau kerjasama politik berlandaskan syarak antara PAS dengan DAP serta PKR adalah haram.

Menurut beliau, apa yang dilakukan PAS bersama sekutunya itu sama sekali bertentangan dengan apa yang pernah dijalankan Nabi Muhammad SAW ketika zaman perjuangan baginda dahulu.

“Nabi Muhammad SAW tidak pernah buat Tahaluf Siayasi dengan orang kafir untuk menjatuhkan orang Islam, Nabi buat tahaluf bersama mereka yang kafir untuk menjatuhkan orang kafir.

anwarlimhadi

Apakah kerjasama atau tahaluf siayasi PAS dengan DAP dan PKR menjatuhkan UMNO yang berteraskan Islam sah?

“Kita tahu yang tahaluf siayasi melibatkan PAS dan juga DAP serta PKR ini dibuat untuk menjatuhkan UMNO dan kita semua tahu UMNO parti yang bertulang belakangkan Islam, kenapa PAS mahu tentang UMNO?

“Bagi saya tahaluf siayasi PAS itu bersama DAP dan PKR itu haram,” jelas beliau.

Pendapat beliau sekali gus  menyangkal pendirian Setiausaha Ulama Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dalam Muktamar PAS kali ke-59 baru-baru ini yang mempertahankan perjanjian politik itu berlandaskan syarak dalam Islam.

Nakhaei melihat perkara ini harus diperbetulkan segera oleh PAS sebelum mereka hanyut dengan fahaman yang direka mereka sendiri.

Sebelum ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan Nik Zawawi, PAS menjalankan perjanjian politik ini di atas landasan yang benar dan tidak melanggari syarak dalam Islam.

Majlis Syura Ulama PAS bertegas akan terus dengan strategi politik mereka melalui pelaksanaan tahaluf siayasi bersama DAP dan PKR.

Nik Zawawi menjelaskan tahaluf siayasi yang membentuk Pakatan Rakyat (Pakatan) sejak tahun 2008 tidak melanggar syarak dan menepati garis panduan yang diinginkan parti itu.

“InsyaAllah sehingga sekarang ini tahaluf siayasi yang dibuat sekarang ini menepati kehendak syarak dan Majlis Syura Ulama telah menetapkan tahaluf siayasi ini akan diteruskan.

nakhaieahmad

NAKHAIE AHMAD

“Dan InsyaAllah Parti Islam SeMalaysia yang berasaskan kepada Islam tidak akan mengkhianati kepada sesiapa pun terutama rakan-rakan seperjuangan yang berada di dalam Pakatan Rakyat ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Mukatamar PAS kali ke-59 baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan muzakarah bersama Umno khusus untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil sikap terbuka mengenai cadangan muzakarah yang dikemukakan oleh PAS, dan telah bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob sebagai usaha pertama ke arah langkah tersebut.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2013 10:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: