Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas pengacara, penerbit bakal berhadapan 2 tahun penjara

6 JUN: Bekas pengacara serta penerbit program sukan TV3 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sibu hari ini susulan mengeluarkan kenyataan menghina mendiang ayah bekas pelari pecut negara Watson Nyambek pada April lalu.

Azizul Ammar, 30, dan penerbit program Sukan Tak Sentral, Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, dituduh dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azizul didakwa menyebut perkataan ‘Nyambek’ secara mengejek dalam program komedi berkenaan.

Majistret Saiful Sayoti bagaimanapun membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin serta mengarahkan mereka untuk hadir di mahkamah pada 4 Julai depan untuk pra-perbicaraan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 4:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: