Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas pengarah Veterinar dihukum penjara dan denda

21 FEB: Bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 setelah  didapati bersalah dalam  pemalsuan dokumen bagi kenaikan gred jawatannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datin Zabariah Mohd Yusof mensabitkan tertuduh bersalah bagi empat tuduhan dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan memutuskan hukuman penjara berjalan serentak bermula Jumaat.

Hukuman itu selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaraya  terhadap keputusan  Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Nursinah Adzmi melepas dan membebaskan bekas pengarah itu Januari tahun lalu.

sprmgariKeputusan itu dibuat Hakim Datin Nursinah Adzmi, selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan terhadap empat pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Tiga daripada pertuduhan itu ialah menggunakan dokumen, iaitu Surat Arahan Kenaikan Pangkat dan Pengesahan Jawatan Pegawai Veterinar Gred G48 serta  Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 Khas Untuk Penyandang (KUP).

Satu lagi berkaitan keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 kepada seorang Pembantu Tadbir jabatan yang diketuainya.

Dr Noor Soeraya didakwa dilakukan pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan, Jalan Pantai di sini, bagi tujuan pelarasan gaji dan elaunnya.

Bagi pertuduhan keempat, beliau  didakwa menggunakan dokumen palsu Surat Keputusan Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54 yang didakwa tulen bagi menipu Pembantu Tadbir sama di Bahagian Pentadbiran JPV Negeri Sembilan, pada 12 April 2011.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afifah Yusof manakala tertuduh diwakili Abdul Aziz Hamzah, Faiz Fadil dan Syed Fadil. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2014 8:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: