Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas pengerusi, setiausaha masjid Al-Hamidieen direman 4 hari

3 MEI: Bekas pengerusi dan setiausaha masjid Al Hamidieen direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dalam satu kes melibatkan wang rasuah sebanyak RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik masjid tersebut.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berpakaian baju T berwarna hitam dan kemeja merah tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di Melaka pada pukul 10.40 pagi sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap suspek yang masing-masing berusia 61 tahun dan 46 tahun terbabit.

Kedua-dua lelaki yang juga bekas pengerusi dan bekas setiausaha Masjid Al-Hamideen direman bagi membantu siasatan kes rasuah dalam urusan jual beli tanah wakaf di Melaka berjumlah RM116,000.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Mereka ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka pada 7 malam tadi, selepas disyaki terbabit dalam urusan jual beli tanah wakaf milik masjid berkenaan di Bukit Cina berjumlah RM116,000 pada tahun 2012. Tanah wakaf itu dipercayai dijual kepada seorang lelaki tempatan tanpa melalui proses yang sah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 12:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: