Kategori Berita Utama

Bekas pengurus dakwa kewangan bukan punca PKNS pecat staf

5 FEB: Bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr. Aliff Aiman Abdullah percaya pemecatan beliau dan 19 lagi kakitangan bukan kerana masalah kewangan kerana PKNS syarikat yang mengaut keuntungan besar.

Kata Dr. Aliff, pemecatan itu tidak mempunyai sebarang justifikasi yang jelas kerana mengaut untung beratus juta setahun dan mempunyai beratus anak syarikat.

pknspecat

Bekas pekerja PKNS Holding yang dipecat berjumpa pegawai Kementerian Sumber Manusia di Shah Alam, Rabu

“Justifikasi apa yang digunakan untuk membuang semua staf PKNS Holding? Duit bukan punca masalah ini. PKNS bukan organisasi kecil. Mereka mempunyai beribu staf dan beratus anak syarikat. Adakah langsung tiada tempat untuk kami?

“Adakah ini cara mereka melayan kami? Kita semua bukan binatang! Kita manusia lagipun kami semua orang Islam.Kita ada undang-undang. Usul salah mesti dibetulkan,” kata beliau sebak kepada pemberita ketika ditemui selepas perjumpaan dengan Kementerian Sumber Manusia di Shah Alam, Rabu.

Dr. Aliff adalah salah seorang daripada 20 orag staf PHSB yang dipecat pada Selasa dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin tanpa sebarang sebab munasabah,

Bagaimanapun PKNS dalam satu kenyataan, Rabu menjelaskan pemecatan tersebut merupakan langkah perkhidmatan cekap ‘value for money’ yang dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelak pertindihan tugas.

Ketika diminta respon kenyataan PKNS itu, Dr. Aliff menyifatkan ianya satu cereka fantasi yang tidak berpijak kepada dunia nyata.

drarifpkns

Dr Aliff…PKNS syarkat besar keuntungan banyak

“Pertama jika mereka kata tugas kami bertindih, apa aksesais yang telah menunjukkan tugasan kami bertindih? Sebelum dipecat, PKNS patut panggil kami untuk buat serahan tugas, bawa ke ahli Lembaga Pengarah untuk uruskan jabatan tersebut tapi tiada apa yang berlaku.

“Jika betul tugasan kami bertindih dengan yang sedia ada, kami perlu dihantar semula ke PKNS Holding di mana kami masih mempunyai kontrak untuk berkhidmat. PKNS Holding yang berhak untuk memutuskan apa-apa tugasan kepada kami sehingga kontrak tamat.

“ Sebahagian masih ada 16 bulan, ada yang 3 bulan lagi sebelum tamat. Tetapi ada juga di mana kontraknya dilanjutkan lagi. Jadi tiada isu mengenai prestasi kerja di sini,” tegas beliau.

Dr. Aliff berkata, beliau dan rakan-rakan yang telah dipecat telah mengadakan pertemuan di Kementerian Sumber Manusia yang turut melibatkan beberapa agensi dan yakin mereka mempunyai asas kes yang kukuh.

“Kami akan pulang dan meneliti segala nasihat. Kami akan fikir sama ada perlu atau tidak kami terima pampasan tersebut sebab apa yang kami tahu jika pemecatan itu serta-mesta sepatutnya ada cek atau sebagainya tetapi tiada apa-apa yang diberi.

“Selepas itu jika kami rasa ianya tetap tidak adil, tidak bermoral dan tidak beretika, kami akan datang semula untuk membuat prosedur rasmi,” ujarnya. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2014 3:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: