Kategori Berita Antarabangsa

Bekas PM Bangladesh dipenjara

8 FEB: Sebuah mahkamah di Bangladesh menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas perdana menteri negara itu, Khaleda Zia selepas didapati bersalah atas tuduhan menggelapkan tabung amanah anak yatim.

Hakim Mohammad Akhteruzzaman membuat keputusan itu hari ini selepas mensabitkan pemimpin pembangkang itu atas tuduhan menggelapkan wang  berjumlah AS$252,000 (RM989,000)

Sebelum ini Zia (foto) yang juga pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) mendakwa tuduhan itu sebagai bermotif politik.

Laporan AFP menyebut, Akhteruzzaman menjatuhkan hukuman itu dalam bilik mahkamah yang penuh sesak di Dhaka.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2018 8:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: