Kategori Berita Antarabangsa

Bekas Presiden Brazil diberi 24 jam serah diri

6 APRIL: Bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang pernah menjadi ahli politik paling popular dunia, diberi masa 24 jam untuk menyerah diri kepada polis dan memulakan hukuman 12 tahun penjara kerana rasuah.

Arahan oleh Hakim Sergio Moro, yang mengetuai siasatan antirasuah besar-besaran Brazil, ‘Car Wash’, amat mengejutkan memandangkan peguam, terdahulu berkata bekas presiden dua penggal berhaluan kiri itu mempunyai masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dipenjarakan.

Lula, 72, yang mudah mendahului undian pada pilihan raya presiden Brazil Oktober ini dan kejatuhannya menjadikan persaingan itu terbuka sepenuhnya.

Buat masa ini, bekas pegawai tentera berhaluan kanan, Jair Bolsonaro, yang memuji kepemimpinan kuku besi Lula pada 1964 hingga 1985 itu, berada di tempat kedua.

Arahan Moro menyatakan, kedudukan Lula sebagai bekas presiden, beliau ‘berpeluang menyerah diri secara sukarela’ kepada polis di bandar raya Curitiba, lokasi siasatan ‘Car Wash’ bermula, menjelang jam 5.00 petang waktu tempatan hari ini.

Sel khas ‘sudah disediakan dari awal untuk bekas presiden itu yang terpisah daripada banduan lain, dengan tiada risiko kepada moral atau fizikalnya’, kata Moro.

Setakat ini, tiada reaksi daripada Lula, yang digambarkan oleh penyokongnya akan berhadapan hukuman itu dengan tenang.

Bagaimanapun, Senator Lindbergh Farias, dari Parti Pekerja pimpinan Lula, menggesa penyokong berkumpul di depan rumah bekas presiden itu di Sao Bernando do Campo, di pinggir Sao Paolo hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 April 2018 8:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: