Kategori Berita Antarabangsa

Bekas presiden Yaman terbunuh

4 DIS: Puak pemberontak Huthi mendakwa bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh terbunuh dalam pertempuran di Sanaa berikutan kejatuhan sekutunya.

Memetik laporan AFP, kenyataan yang dibuat hari ini, bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

Pertempuran sengit dilaporkan berlaku di bandar berkenaan antara pasukan yang setia kepada Saleh dan pemberontak Syiah yang disokong oleh Iran yang pernah bersama menjatuhkan kawalan kerajaan yang diiktiraf antarabangsa tiga tahun lalu.

Mengambil kesempatan terhadap kekecohan itu, Presiden, Abedrabbo Mansour Hadi mengarahkan tenteranya maju ke ibu negara itu.

Terdahulu, Menteri dalam negeri di bawah kawalan Huthi mengumumkan kemaian Saleh di stesen televisyen pemberontak Al-Masirah.

Video yang diberikan kepada AFP memaparkan pemberontak menunjukkan mayat yang didakwa sebagai Saleh (foto) mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya dibaluti selimut.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 10:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: