Kategori Berita Antarabangsa

bekas tentera AS tembak rakan

6 JUN: Seorang bekas anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang dipecat dari tempat kerjanya April lalu, bertindak menembak mati lima bekas rakan sekerjanya dalam insiden tembakan di Orlando, Amerika Syarikat pada Isnin.

Ketika kejadian, John Robert Neumann Jr, 45, yang bersenjatakan senapang semi automatik dan pisau memburu menyerbu masuk kilang bekas tempat kerjanya itu yang juga pengeluar kenderaan rekreasi.

Dia kemudiannya melepaskan beberapa tembakan di beberapa lokasi sebeum menembak diri sendiri.

Insiden berlaku ketika pekerja mahu memulakan tugas masing-masing, lapor Agensi.

Ketika kejadian, 12 petugas berada di dalam premis, tujuh daripada mereka terselamat.

Kebanyakan mangsa mati ditembak di kepala dan cedera teruk di bahagian badan.

Polis tidak mengaitkan insiden dengan serangan pengganas.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 11:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: