Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas Timbalan Menteri masuk WARISAN

18 MAC: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong dilaporkan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama 200 ahli parti Liberal Demokratik (LDP).

Setiausaha agungnya, Loretto Padua Jr mengesahkan penyertaan bekas Presiden LDP itu pada hari ini di Kota Kinabalu.

“Beliau diberikan beberapa peranan dalam WARISAN.

“Salah satu daripadanya adalah membantu dalam formulasi dasar pendidikan parti bersama naib presiden Junz Wong,” katanya dipetik.

Vui Kong (foto) adalah bekas Ahli Parlimen Sandakan selama sepenggal sebelum tewas kepada wakil rakyat DAP, Stephen Wong pada 2013.

Beliau juga adalah anggota kabinet bawah pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2018 6:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: