Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekas wartawan TV3 umum tanding parlimen Temerloh

13 APRIL: Bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad mengumumkan bertanding atas tiket Bebas kerusi Parlimen Temerloh serta salah satu kerusi DUN di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (ALAM) berkata keputusan itu dibuat demi membawa isu alam sekitar diperingkat nasional.

“Saya memilih bebas kerana tidak ada lagi mana-mana parti politik yang berani menyuarakan isu alam sekitar di Dewan Rakyat dan DUN.

“Saya pasti bertanding di Parlimen Temerloh tetapi masih memikirkan untuk bertanding sama ada DUN Lanchang atau Kuala Semantan,” katanya dipetik BH Online.

Beliau yang menceburi dunia kewartawanan sejak 1983 mendakwa isu alam sekitar kurang diambil perhatian oleh mana-mana parti politik sebelum ini dan yakin kempennya akan menerima sokongan badan bukan kerajaan (NGO) serta pejuang alam sekitar.

Kerusi Parlimen Temerloh sebelum ini disandang Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi.

Bagaimanapun, pimpinan parti Islam itu dilaporkan mencalonkan Nasrudin di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Berikutan itu, Temerloh dijangka menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Khaidir bersama calon daripada BN, PH dan PAS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 April 2018 4:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: