Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bekerja sebagai keluarga demi rakyat : PM

5 OGOS : Barisan kabinet baharu yang dibentuk 28 Julai lalu harus bekerjasama sebagai satu keluarga dan pasukan serta saling percaya-mempercayai bagi bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Saya dan rakan kabinet baharu berazam dan bertekad untuk lakukan yang terbaik bagi mencapai aspirasi rakyat pm jpmdan dasar negara,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam ucapan pada majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM), Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut meminta penjawat awam sentiasa melakukan perubahan dan meningkatkan pencapaian untuk rakyat serta negara.

“Ini yang saya tuntut dalam kerajaan dan pentadbiran supaya kita boleh perlihatkan bukan sahaja pembaharuan tapi peningkatan keputusan serta program yang dijalankan oleh kerajaan dan perkhidmatan kepada rakyat.

pm jpm 3 “Ini yang mesti kita sematkan dalam minda dan dengan cara ini sebagai sebuah kerajaan kita dapat perlihatkan perubahan lebih positif,” katanya di majlis yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat 13 gerai makanan sambil beramah mesra bersama kakitangan JPM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang meriah dengan tema ‘Di Sini Kasih Bersemi’.

pm jpm 2Beliau juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada 15 orang anak yatim warga JPM dan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM15,000 kepada rumah-rumah kebajikan.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 6:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: